Thursday, February 10, 2011

Al-Fatihah buat Arwah Muhammad Adhwa'...

Assalammualaikum....

Lama saya tak update blog... Macam2 benda yang berlaku sepanjang cuti raya cina yang lepas... Tapi yang tak boleh saya lupakan ialah.. Pemergian arwah Muhammad Adhwa' ke rahmatullah...

Saya diberitahu oleh mak cik saya dimana arwah merupakan kawan yang paling rapat dengan anaknya pada pagi Sabtu. Arwah meninggal pada 4 February 2011 pukul 5 pagi (JUMAAT). Arwah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Mahameru. Saya pernah berjumpa dengan arwah beberapa kali.

Menurut cerita sepupu saya, beliau adalah orang terakhir yang bertemu dengan arwah. Sepupu saya bersama2 kami berada di PD pada hari Khamis. Malam tu, berkali2 arwah call sepupu nak bertemu. Alhamdulillah.. Sepupu sempat berjumpa.. Dua minggu sebelum arwah meninggal, tiap2 hari arwah belanja rakan2nya... Belanja makan, jamming, futsal dan mcm2 lagi.. Yang saya tak boleh lupa bila sepupu cerita, arwah belanja sesiapa saja yang lalu untuk makan "celup-celup". Walau tak kenal, arwah belanja saja..

Bagi yang ingin melihat kemalangan tersebut, anda bole tengok dekat sini.. Credit to Ondscene... Tak sanggup saya tengok... Menurut sepupu, bahagian sebelah kanan arwah teruk... Saya juga tertarik dengan komen dari Lola pada 08.02.2011 pada pukul 20:45.. Dimana beliau mengatakan bas tiba2 berhenti dan tak lama selepas itu bunyi dentuman dari belakang... Kalau anda yang dah tengok, didalam bakul motor arwah ada beg berwarna hitam, tapi amat sedih sekali beg itu tiada bila sepupu minta dari pihak polis. Arwah baru dapat gaji dan bonus sempena raya cina. Kata sepupu, dalam beg arwah ada satu sampul yang berisi duit lebih kurang seribu lebih... Dan didalam wallet arwah, juga terdapat banyak duit sebab sepupu sendiri yang tengok ada berkepuk duit dalam wallet arwah... Tapi yang sedihnya... Semua duit tu hilang.. Duit yang diselit2 didalam wallet juga hilang. Hanya kad bank, ic dan lesen saja yang tinggal didalam wallet arwah.. Juga handphone arwah dipulangkan oleh polis dimana handphone tersebut sudah hancur dek accident... Saya tertanya2...  Siapa la agaknya yang mengambil hak arwah... Jika mereka seorang Muslim, tidak takutkah mereka? Tidak rasa berdosakah mereka mengambil hak orang; yang mana ianya kepunyaan orang yang sudah meninggal dunia...?? Tidak ada langsung rasa kasihankah pada arwah??? Ya Allah.... Semoga mereka diberikan petunjuk dariMU...

Banyak lagi yang diceritakan oleh sepupu tak dapat saya ceritakan diblog.. Kami amat sedih dengan pemergian arwah.. Walaupun saya tidak rapat dengan arwah.. Saya juga merasakan kesedihan yang dialami oleh sepupu... Oh, lupa saya nak cerita... Ibu gf arwah merupakan kawan kepada mama saya.. Kecilnya duniamu Ya Allah....

Ya Allah.... Tempatkan lah arwah dikalangan orang2 yang beriman... Pemergianmu kami tangisi dengan iringan doa semoga rohmu ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman... Kepada sepupu ku, menangis lah jika airmata itu dapat mengurangkan kesedihanmu.. Kami juga merasainya.. Kepada keluarga arwah, takziah saya ucapkan..

No comments:

Post a Comment