Wednesday, February 02, 2011

Bila emosi menguasai diri...

Assalammualaikum semua....

Okay, semalam sepatutnya saya update blog, tapi disebabkan emosi yang tak stabil semalam, saya jadi malas.. Punca saya emosi, sebab boss tak approve cuti saya. Saya plan nak ambik cuti pada 7hb Feb untuk clarify pasal loan PTPTN dimana tak lama lagi akan ditukar ke sistem Ujrah dan monthly deduction pada gaji saya.

Dah banyak yang saya baca pasal sistem Ujrah ni.. Tapi, saya masih keliru dengan penjelasan2 yang saya baca di forum2 yang membincangkan mengenai sistem ini dan cara2 pengiraan mereka. Bagi saya, lebih baik saya pergi sendiri ke pejabat PTPTN di KL Sentral dan clarify dengan pegawai mereka.

Nak dijadikan cerita, boss tak approve walaupun saya hanya apply untuk setengah hari sahaja. Yela... Dah sah2 saya akan siapkan kerja sebelum saya keluar. Tapi boss tetap bekeras tak bagi cuti... Aduh, sakit hati dibuatnya... Dah la dateline untuk sistem ni sampai hujung bulan February saja... Bagi saya, cepat saya selesaikan semua ni, cepatla saya habis. Takla menganggu kerja saya nanti.

Last email dari boss, selepas berbalas pantun dengan beliau.... 16hb baru bole cuti.. Nak buat macammana.. Redha jer la... Walau hati sakit... Inilah nasib yang perlu diterima kalo berada didalam department Sales and Marketing..

No comments:

Post a Comment