Friday, January 28, 2011

Makan - makan di Garden...

Rasanya dah 3 hari tak post entry baru.. Busy la pulak.. Hehee... Okay, entry kali ni nak cite pasal masa pergi Curve hari tu jugak.. Makan di Garden. Actually dah lama nak makan kat sini bile tengok gambar kawan2.. Cantik tempatnya..

Lepas tengok persembahan gendang, kami terus ke restaurant ni. Saya makan mee goreng mamak, mama makan chicken paprik, amy dan elicha makan chicken teriyaki. Errmmm... Food presentation memang bagus.. Tapi dari segi taste.. Saya bagi 3*.. Kesemua makanan yang kami makan terasa sangat manis. Layanan dari waiter sangat friendly.. Lastly, bil kami... RM85.51... Hehehe... Tapi takpe la.. Bila lagi nak mencuba kan??

 Mama mencari menu yang sessuai...

 Elicha ni.. Mak Ngah suruh buat2 tengok menu la... +___+


 Eh... Si gemok ni pun ada..?

 Elicha melayan video persembahan gendang..

 Senyum nenek....

 Elicha with her chicken teriyaki...

 Mine... Mee goreng mamak...

 Ice lemon tea for me, watermelon juice for Amy and Mama...

 Love.. Love...

 Chicken paprik for Mama...

Monday, January 24, 2011

Bersatu kita teguh..!!

Okay... Entry kali ni nak cite pasal group yang main gendang untuk tarian singa kat Curve hari Sabtu lepas. Saya akui, saya amat kagum dengan teamwork mereka dalam bermain gendang. Tanpa latihan yang cukup, mustahil persembahan mereka akan mantop seperti yang kami saksikan.

Selesai membuat persembahan, setiap seorang dari mereka perlu mengangkat gendang masing2. Yang buat saya tabik spring toing.. toing.. ialah perempuan pun angkat gendang mereka. Tanpa bantuan sesiapa. Perghh.. Memang kuat giler... Dah la gendang tu besar.. Memang saya respect teamwork mereka..

Dibawah antara gambar2 yang sempat dirakam..


 Let's rock!!

Si kenit ni excited sampai berpeluh2..

Jalan2 masa wekeend..

Lama rasanya tak kuar jalan2 pergi Curve.. Sabtu lepas saya, mama, amy (kakak saya) dan anak buah kesayangan meluangkan masa disana. Oh, abang ipar saya ke Melaka atas urusan kerja, itulah sebabnya kakak dan anak buah ada bersama.

Kami bertolak dari rumah pada pukul 12.30pm dan sampai lebih kurang 1.15pm. Parking di Ikea, dan terus ke Brands Outlet. Plan asal mama nak ke Sogo untuk mencari cadar katil sebagai hadiah untuk boss beliau. Tapi saya dan kakak lebih suka ke Curve. Jadi, mama pun ikut saja lah. Sebab bukan susah pun nak cari cadar katil kan?? Kami singgah sebentar di Ikea untuk membeli hotdog, karipap dan minuman sebagai tenaga untuk berjalan2 (*padahal kat rumah dah makan dah.. hehehe..)

Selesai makan, kami bergerak ke Brands Outlet sebab saya ingin mencari jeans baru. Saya suka shopping disini sebab harga yang berpatutan dan pilihan yang banyak. Malangnya tak jumpa pun jeans yang berkenan dihati. Kemudian, kami naik ke tingkat atas untuk ke butik Aussino. Cari punya cari, mama jumpa yang berkenan. Selesai membeli cadar, kami bergerak ke Curve pula.

Sampai sahaja di Curve, ada pulak Living Cabin buat promotion untuk cadar katil. Heheheh.. Mama macam dah rasa menyesal beli awal2. Untuk sedapkan hati mama, saya cakap "Ala, takde yang cantik2 pun" Hehehe.. Mama pun okay lepas tu...

Bergerak pula ke Flea Market dan beli baju untuk si kenit tu. Kami bercadang untuk makan di restaurant Garden. Sebelum masuk, kami nampak group untuk persembahan tarian singa tengah bersedia. Jadi, kami pun tengok sekejap sebelum makan. Tapi, hanya persembahan gendang sahaja, mungkin kami dah terlepas masa mereka buat tarian singa.

Selepas makan, kami ke Ikea semula. Mama nak shopping disana pula.. Oh, saya terjumpa Aja, housemate semasa saya study di Shah Alam. Beliau bersama suami dan anaknya. Tak silap saya, kali terakhir saya berjumpa beliau pada hari perkahwinannya. Lama sangat tu.. Heheh.. Dan, di Ikea juga saya terjumpa ex bf kawan baik saya dahulu. Tapi beliau tak nampak saya. Saya pulak, tak terkeluar suara untuk memanggil beliau.. Heeeee...

Part makan di Garden akan saya ceritakan di entry seterusnya. Sila lihat gambar dibawah dimana kakak saya menyewa errr... saya tak pasti apa dipanggil benda tu. Troli berserta kereta untuk Eleesya duduk didalamnya..

 Lihatla double chin saya.. hehee..

 Dalam lif di Ikea..

 Sukenya die.. 


Dah mula rimas duduk dalam benda ni..

P/S:: To Mak Su Elicha, sila jeles... Hahahhaa...

Thursday, January 20, 2011

Rose kuning..

Saya suka tanam pokok bunga, buah atau sayur. Tapi dek kerana kawasan yang tak mengizinkan, aktiviti bercucuk tanam ni sangatlah terhad.

Okay, mama saya suka membeli pokok bunga yang cantik2. Tapi.... Sangat malas nak jaga.. Dia kata tangan dia panas. Pokok tak menjadi kalo dia jaga. Hahahahah... Jadi, bila mama dah beli, saya jaga.. Masa MAHA hari tu, mama beli pokok bunga ros kuning. Masa mula2 beli, 2 kuntum bunga tak kembang sangat, mungkin tak kena matahari. Kali ni, saya jaga baik2, bagi kena matahari, dan siram sekali sehari. Baru2 ni letak baja. Tengok2, cantik je kembang bunga ros tu. Suke!!! Ada 2 kuntum bunga ros menjadi kali ni.

Next, saya nak tanam pokok cili padi. Kata Amy, kakak saya, kalo nak tanam cili, keringkan dulu biji dia, baru dia bole naik. Okay.. Nanti saya nak buat. Seronok kalo tengok apa yang kita tanam menjadi.

Insyallah.. Kalau dimurahkan rezeki nanti ada rumah sendiri, saya nak tanam pokok rambutan sebab saya suka sangat buah rambutan. Lagi pokok ciku sebab MJ suka ciku. Pastu kena ada bunga orkid sebab saya suke orkid lah... Lain2 pokok bunga tak tau lagi sebab tak fikir lagi..

Oh, pagi2 kalau saya siram pokok, saya mesti bagi salam dan cakap "Selamat Pagi Pokok.." Jangan kata saya gila.. Sebab pokok kan benda hidup jugak... (^_^) 

Kat bawah ni, hasil jagaan saya....

 Sila abaikan pemandangan yang tak menarik... Hehe...


Wednesday, January 19, 2011

Pesta Syiling...

Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi, saya mendengar topik pagi HOT FM. Berkenaan kemalangan yang berlaku semalam dimana sebuah pacuan empat roda yang membawa satu peti duit syiling terbalik. Orang ramai terutamanya penunggang motosikal, mengutip duit syiling yang berteraburan tanpa menghiraukan keselamatan masing2.

Hrrmmm... Selalunya kita akan tolong orang yang terlibat dalam kemalangan.. Kali ni, tolong jugak.. Tolong kutip dan masuk poket sendiri.. Kesian pemandu pacuan empat roda berkenaan yang tak boleh buat apa2.

Berikut adalah laporan dari Harian Metro..

SEREMBAN: Menyedihkan apabila pengguna jalan raya seolah-olah ‘berpesta’ memungut syiling yang bertaburan di lebuh raya selepas kenderaan membawa wang itu terbalik dalam kemalangan di Kilometer 244 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), dekat susur keluar Pedas di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, pengguna jalan raya termasuk wanita bagaikan tidak mempedulikan anggota polis dan petugas lebuh raya yang turut berada di lokasi kejadian.

Mereka dilihat memasukkan syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen yang bertaburan di tengah dan tepi lebuh raya ke dalam beg serta plastik dibawa.

Malah, ada antara mereka sanggup bersila di atas rumput dan asyik memungut syiling itu walaupun ‘pemilik’ duit berkenaan berada di lokasi kejadian menyebabkan pihak berkuasa menutup laluan selama lima minit bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati ada pengguna sanggup mempertaruhkan nyawa memungut syiling di tengah lebuh raya tanpa mempedulikan kenderaan lalu lalang.

Pemandu pacuan empat roda membawa wang berjumlah lebih RM70,000 berkenaan yang dikenali sebagai Zairulhisham Mansor, 28, berkata kejadian berlaku selepas kenderaannya dilanggar daripada belakang oleh sebuah kenderaan lain.

“Akibat perlanggaran itu, pacuan empat roda yang saya pandu hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan syiling dibawa bertaburan.

“Ketika itu, saya berada di lorong paling kiri dan bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.

Katanya, seorang rakan dalam pacuan empat roda bersamanya cedera ringan akibat kemalangan itu.

Harian Metro difahamkan, wang berkenaan milik sebuah syarikat pengedaran syiling dari Shah Alam, Selangor untuk dihantar ke beberapa pasar raya di Melaka.


 Gambar dari Harian Metro

Gambar dari Kosmo.. (muka nampak jelas)

P/S:: Alangkah bagusnya kalau mereka2 yang mengutip syiling ini pulangkan balik kepada tuannya... Sesungguhnya berdosa kita amik barang yang bukan hak kita...

Tuesday, January 18, 2011

Seramnye cite Khurafat..!!!

Dah lama rasanya tak tengok movie dengan MJ. So, sebab dah lama tunggu cite ni, saya ajak MJ tengok Sabtu lepas. Saya tengok preview cite ni masa nak tunggu cite Nangkung nak start. Preview memang menakutkan, tapi dalam hati berkata2.. "Kadang2 preview je gempak.. Bile tengok dari mula... Tak best langsung."

Tapi, untuk Khurafat ni memang betul2 seram.. Memang kadang2 tak masuk akal. Sebab?? Di hospital, di rumah, di tempat pejalan kaki dan lain2 sangat la gelap. Yang ada lampu pun betul2 seketul bawah muka diaorang. Mula2 saya tak perasan part ni, MJ yang perasan. "A'ah eh... Betul jugak.. Gelap jer.." Tapi takpe la.. Okay je jalan cite..

Saya nak bagitau... Sampai movie tu habis pun saya tak tau rupa hantu tu camne. Sebab?? Setiap kali hantu nak muncul, saya dah tutup muka dengan shawl siap2. Agak2 part hantu dah lepas, saya buka shawl balik.. Hahhaa... Punya lah takut.. Dengan background sound yang bole buat pesakit jantung kojol cepat... Huh... (*errrmmm... MJ pun kadang2 tutup mata gak.. Hiksss..)

Cite ni mengisahkan Johan (Syamsul) mengamalkan ilmu hitam untuk memikat wanita yang dia minati. At first, tak sangka pulak si Johan ni yang jahat. Last2 baru tau apa sebabnya hantu tu menggangu Johan dan isterinya (Liyana Jasmay). Saya cadangkan pada sesiapa yang ada penyakit lemah jantung, elakkan la tengok cite ni.. Banyak betul saspennya...




P/S:: orang kata kalau berani tengoklah cite Paranormal Activity 2. Lagi seram.. Nak tengok, tapi penakut..

Monday, January 17, 2011

Pembedahan Plastik??

Tajuk entry takde kena mengena dengan enrty pada kali ini.. Hikksss... Sajer jer... Okay, pagi ni saya ke PPUM untuk check hidung saya. Bukan sebab saya buat pembedahan plastik pada hidung saya, tapi sebab dah seminggu bahagian dalam hidung saya berdarah.

Sampai PPUM lebih kurang 8.35am, pusing2 carik parking lebih kurang 10 minit baru la dapat. Biasalah.. Hari Isnin kan.. Ramai la orang. Selepas parking kereta, terus saya ke bahagian ENT (Ear, Nose & Throat). Bayar RM15 untuk pendaftaran dan dapat nombor untuk jumpa doktor. Nombor saya ialah 9033; pada ketika itu nombor 9009 baru dipanggil. Jadi, saya fikir lama lagi ni.. Perut pun dah berbunyi.. Oh,masa pendaftaran tadi, duit dalam purse hanya ada RM20. Nasib baik cukup. Hehehe.. Saya bernasib baik sebab saya ada akaun CIMB untuk backup, sebab ATM untuk Maybank sangat jauh. Kata pegawai yang menjaga tempat pertanyaan tu, memang tak berbaloi nak jalan jauh kalau semata2 nak kuarkan duit.

Keluarkan sahaja duit, terus saya ke tingkat atas Trauma & Kecemasan. Makan nasi lemak Ani Sup Utara dan milo ais. Sedap jugak nasi lemak, tapi milo ais sangggggggggggattt manis hingga saya minta untuk tambah air skit lagi. Selesai makan, saya terus ke ENT semula dan tunggu lebih kurang 30 minit, nombor saya dipanggil.

Doktor yang merawat saya ialah seorang perempuan India dan sangat baik. Selepas memasukkan bermacam2 alatan dalam hidung, kata doktor, hidung saya..... Errr.... Errr... Takde pape la... Heheh... Alhamdulillah... Cuma yang menyebabkan berdarah sebab luka melecet dipermukaan depan. Tidak membahayakan. Kemudian, beliau menyapu sejenis ubat untuk luka tersebut. Pedih betul bila ubat disapu pada luka tersebut. Sehingga ada adegan airmata tanpa diduga.. Hehehe.. Dan saya mendapat MC untuk hari ini... Heheh... TQ Doc!!

Selesai pemeriksaan, terus saya ke bahagian farmasi untuk dapatkan ubat. Harga ubat saya berharga RM20. Spray untuk hidung tersebut adalah bekalan untuk sebulan. Pegawai perubatan disitu menyuruh saya datang lagi pada 14 Feb untuk mengambil ubat lagi. Oh, lupa saya nak cakap.. Saya akan datang semula untuk next appointment pada 17 March pada pukul 2pm.





Happy 25th Birthday Mohd Jafnee..!!!

Baru je beberapa jam kembali semula ke KL. Tak sabar nak update entry pasal birthday celebration MJ yang ke 25.. Rasanya celebration yang paling sempoi kot.. Heheh.. Mula2 beli chocolate mousse cup dekat Baker's Cottage Jusco, kemudian terus ke Penang Sentral sebab tiket bas balik ke KL saya pukul 2.45pm.

Masuk je parking Penang Sentral, terus saya nyalakan lilin (*dalam kereta). Part lilin paling saya tak tahan nak gelak. Sengaja saya beli "Magic Relighting Candle" untuk tengok muka MJ tiup lilin berkali2.. Haha... Mula2 MJ ingat lilin dah padam, lepas tu lilin nyala balik.. MJ tiup lagik.. Hahaha.. Sampai la die selongkar beg saya dan carik lilin lebih yang saya tak pasang. "Ceh, patut lah!!" kata MJ.. Hahhaa..

Dibawah antara gambar2 yang sempat saya rakam sempena "celebration" birthday beliau. Maaf yea, andai tempat tak menarik perhatian.. Hehehe...

 Something sweet and special for him..

 Clik clik dulu before tiup lilin...

 First attempt.. Hehehe..

 Second attempt.... MJ sabar lagik...

 Third attempt... Dah takleh sabar.. Tengok tangan MJ dah ready nak selongkar beg..

 Hah.. Jumpa apa yang dicari... Hahaha...

Sedap katanya... Sila hiraukan pemandangan dibelakang..

P/S:: Happy birthday dear.. Mungkin celebration ni tak seberapa.. Dek kesuntukan masa, kita terpaksa celebrate awal.. Hopefully, smua tu tak menghalang.. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.. Amin...~~

Friday, January 14, 2011

CNY datang lagi... Cuti-cuti PD lah!!

Sempena CNY ni, saya punya diary dah penuh!! Suke!! Okay, family dan sedara mara yang lain akan bercuti di PD dari 3hb - 5hb February. Tempat tu kami panggil Rumah Pak Aji, sebab owner dia dulu bernama Pak Haji.. Errr... Tak sure nama dia. Sowy... Rumah tu macam rumah kampung menghadap pantai. Saya sangat suka bercuti disini sebab kami boleh pasang jaring dilaut. Hasil tangkapan, kami masak sendiri dan makan beramai2. Saya tak pasti nama2 ikan yang selalu kami dapat, tapi yang pasti ketam selalu ada. Hehehe...

Saya hanya akan join mereka pada malam kedua dan esoknya sahaja sebab pada 3hb, sepupu MJ akan bernikah dan esoknya reception mereka bermula pada pukul 7.30pm. Saya dan MJ bercadang akan terus ke PD selesai sahaja majlis sepupu beliau.  Harap2 tidak la lewat sangat kami sampai di PD.

Tak sabar saya nak bawa MJ ke Rumah Pak Aji. Saya nak dia rasai bagaimana menjaring disana. Tapi saya nak beli siap2 kick board. Sebab nak g kat jaring tu, air sangatla dalam. Masing2 tak tau berenang. Hehehe...

 Gelagat ketika mengeluarkan ikan dari jaring..
Cantik jugak kick board ni... Untuk MJ sgt sesuai.. Hehe...

Hilangnya seseorang yang bernama bestfriend...

Entry kali ini ingin saya ceritakan mengenai bestfriend saya suatu ketika dahulu. Yea, suatu ketika dahulu.. Tidak lagi kini. Mengapa?? Akan saya ceritakan.. Selalunya bestfriend sangat2 sinonim dengan "air yang dicincang tak kan putus". Mereka ibarat adik beradik kita sendiri. Dimana kita mempercayai mereka dan berkongsi segala rahsia bersama2.

Saya namakan bestfriend saya sebagai Rodah (*bukan nama sebenar). Saya mengenali Rodah sejak dari Form 3 semasa bersekolah di SMK Assunta, PJ. Segala2nya kami lakukan bersama. Rehat, study di Library Negara (*sanggup nih), tuisyen di Kasturi, KL dan macam2 lagi. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di UiTM Merbok, Kedah manakala saya di UiTM Dungun, Terengganu untuk Diploma kami. Masih saya ingat lagi ketika hari dia ingin bertolak untuk ke Kedah, (*dia dipanggil untuk 1st intake manakala saya 2nd intake.) pagi tu selepas mendapat SMS dari beliau yang dia akan bertolak, terus saya call Rodah. Pesan saya padanya supaya jangan lupakan saya dan jaga diri baik2. Kami menangis ketika itu.

Setiap apa yang terjadi semasa menuntut di Merbok dia ceritakan pada saya. Tentang siapa lelaki baru yang dikenali, siapa bf baru, apa yang terjadi dan macam2 lah. Jarak tidak menjadi masalah langsung buat kami. Habis sahaja Diploma, kami sambung study untuk Degree pula. Sekali lagi kami berjauhan, tapi tidak lah sejauh seorang di Utara seorang di Timur. Beliau di Puncak Perdana manakala saya di Shah Alam. Ada masa terluang kami akan lepak bersama2.

Selesai Degree, masing2 mula untuk menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Disinilah kami mula rengang. Ada beberapa insiden yang berlaku dimana beliau mencari saya untuk menceritakan apa yang terjadi. Dan saya seperti biasa menjadi pendengar yang setia dan menyokong setiap apa tindakan yang beliau lakukan. Tidak lupa juga nasihat dimana saya rasakan beliau ada membuat kesalahan.

Dengan tak dijangka, perkara yang beliau lakukan amat2 mengguris hati dan perasaan saya dimana sebagai seseorang yang terlalu rapat, sesorang yang diperlukan ketika menghadapi masalah dan seseorang yang menjadi tempat beliau pinjamkan bahu untuk menangis disisihkan begitu sahaja pada hari bahagia beliau. Yea, mungkin untuk sesetengah orang benda ini amat kecil, tapi tidak bagi saya. Katalah saya kebudak-budakkan, tapi hanya dia dan saya sahaja yang tau kenapa saya terlalu kecik hati dgn beliau.

Sejak dari itu, kami terputus hubungan. Beliau ada meminta maaf tapi tatkali itu hati saya amat terguris. Saya maafkan beliau, tapi kesannya masih terasa hingga kini. Kini beliau bahagia dengan suami tercinta bersama seorang puteri. Seorang teman ada bercerita kepada saya, yang Rodah tidak mahu lagi berhubung dengan kawan2 sejak berkahwin. Ok, fine.. Saya terima. Hari2 beliau mungkin lebih bahagia bersama suami dan anak tercinta berbanding kawan2 yang telah lama mengenali beliau. Teman yang sama juga bisik2 pada saya "Rodah dah bersalin, kau tak nak g melawat ker?" Saya katakan "Insyallah". Tapi, Allah sahaja yang tau betapa gembiranya saya mendapat perkhabaran tersebut. Teman yang saya kenali sejak umur 15 tahun sudah mempunyai seorang puteri.

Saya buangkan segala ego dan marah saya pada beliau. Dengan hati yang girang, saya belikan hadiah untuk puteri beliau dan keesokkan harinya saya melawat beliau dirumah ibunya. Dia terkejut melihat saya. Saya luangkan masa lebih kurang sejam dan berborak2. Tapi saya dapat rasakan terdapat jurang antara kami. Kami tak rapat lagi seperti dahulu. Tidak bergelak ketawa seperti dahulu. Suasana saya rasakan sangat2 jauh dari beliau. Seperti kami tidak pernah rapat sebelum ini. Masuk sahaja didalam kereta, saya menangis. Kenapa kami jadi begini? Kami tidak begini suatu ketika dahulu. Saya sedih begini pengakhiran persahabatan kami. Sehingga ke hari ini, kami tidak pernah berhubung.

Saya rindukan beliau. Sumpah, saya rindukan beliau. Kini tiada lagi tempat untuk saya berkongsi segala rahsia. Saya lebih banyak simpan untuk diri sendiri. Ada juga saya ceritakan pada tunang. Tapi tak sama bukan, bercerita pada tunang dan kawan baik sendiri..??


Wednesday, January 12, 2011

New GM is coming on board..

Hari ini dan semalam hari yang sangat2 letih. Letih fizikal dan mental. Tadi dari pukul 9am - 1pm, ada meeting untuk semua budak2 sales. Tujuannya ialah untuk strategic planning tahun 2011. Pertama kali GM Sales yang baru hadir untuk join meeting ni. Nama beliau ialah Encik Aminudin. Sebelum ni, beliau bekerja di Oman selama 4 tahun dan baru saja balik ke Malaysia dan akan bekerja di FLC.

Pada pandangan saya, beliau mempunyai karisma sebagai ketua dan sangat bijak dalam strategic planning. Insyallah, dengan adanya beliau, MASA (Marketing & Sales) team dapat meningkatkan revenue untuk tahun ini. 

Hrrm.... Esok ada meeting lagi. Setiap seorang daripada kami perlu untuk present depan Director mengenai achievement kami pada tahun lepas. Seriously, saya sangat cuak!! Sebab saya tak mencapai target yang telah ditetapkan, iaitu RM1 million. Nak saja saya carik baju kalis peluru untuk dipakai esok bagi mengelakkan tembakan maut dari Director. Kami juga diminta bermacam2 untuk disediakan sebelum meeting esok. Disinilah ramai diantara kami dah mula sakit kepala. Macam2 yang diperlukan dengan timeline yang sangat pendek.

Apa yang pasti, saya letih. Letih sangat2 minggu ni. Mental saya letih membawa kepada fizikal juga. Diharap hujung minggu ni dapat saya rest dan mulakan hari2 mendatang dengan hati yang bahagia.  (+_+)

Tuesday, January 11, 2011

Jafnieza oh... Jafnieza...

Hari ni, tanpa diduga, adik tunang saya kehilangan purse beliau. Semasa saya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, tunang called dan cakap hilang wallet.. Pada mulanya, saya sangkakan MJ yang hilang walletnya.. Sebab saya tak dengar dengan jeles pada ketika itu. Dengan jalan jammed dan hujan pula. So, tumpuan tak terarah sangat pada perbualan ditelefon.

MJ called saya sekali lagi.. Baru la saya dengar dengan jelas yang bukan dia yang hilang wallet, tapi adik beliau.. Saya tersilap dengar... Hiksss... Saya tak pasti MJ sebut wallet or purse?? Saya pun terlupa.. Itulah sebabnya saya tersalah sangka yang MJ yang kehilangan walletnya.. Hahaha... Ah, lupakan.. Okay, MJ meminta pertolongan saya untuk menemani adik beliau untuk membuat laporan tentang kehilangan pursenya. Besarnya kuasa Allah SWT yang menggerakkan hati saya untuk mengunakan NPE pada hari ini. Jika saya menggunakan Federal terus ke Jalan 222 dan membuat pusingan U dihadapan Green Packet Wimax, sudah tentu akan mengambil masa yang sangat2 lama untuk sampai ke rumah adik beliau.  Mujur saya tak terlepas untuk membuat pusingan U untuk ke Kampung Datuk Harun, dimana sebelum ini saya pernah membuat entry berkenaan banjir ditempat tersebut.

Sampai sahaja dirumah adik beliau, terus saya bawa adiknya ke Balai Polis USJ.  Ketika beliau memasuki kereta saya, nampak jelas kekeruhan diwajah manis beliau.  Disertakan dengan suara sengau (*mungkin sudah menangis sebelum saya tiba) dia menceritakan bagaimana pursenya hilang. Selepas laporan dibuat, pegawai yang menerima laporan kami menyuruh kami datang semula pada waktu pejabat esok untuk "endorsement" supaya mendapat kebenaran untuk membuat kad pengenalan dan lesen yang baru. 

Selesai sahaja, saya bawa beliau untuk makan malam berdekatan rumahnya. Saya cuba untuk berborak mengenai apa2 sahaja yang lucu supaya beliau boleh melupakan kesedihan yang dialami. Walau tak banyak, saya harap sedikit sebanyak terubatla sedikit rasa sedih yang beliau rasai.  Esok, ibu saudara MJ akan menemaninya untuk membuat kad pengenalan dan lesen yang baru. 

Selepas menikmati makan malam, saya hantar beliau balik kerumah dan saya pulang dengan perasaan lega dimana saya telah melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya. Peace!!


Monday, January 10, 2011

Anugerah Juara Lagu 25

Hampa!!! Itulah perkataan yang sesuai untuk AJL tahun ni.. Seriously, tak pernah saya rasa menyesal menonton AJL selama ni. Tapi kali ni, sangat2 menyesal.. Sebab?? Tolong ingatkan aku dari Ana Rafali dinobatkan sebagai Juara Lagu.

Bukan saya sahaja yang tidak berpuas hati dengan result ni. Ramai lagi. Buka je Facebook, ramai yang meluahkan rasa tak puas hati dengan keputusan kali ni.  Mungkin dah ketentuan rezeki Ana Rafali malam ni.  Masa mereka umumkan Hafiz memenangi vokal terbaik pun saya dah rasa tak patut. Pada saya Black mempunyai vokal yang sangat hebat!! Memang saya tiada kepakaran dalam muzik, tetapi tak salah rasanya jika saya memilih Black untuk memenangi vokal terbaik.

Faizal Tahir seperti biasa, saya tertunggu2 persembahan dari beliau.. Paling buat saya kagum, semasa beliau terjun dalam air dan melepaskan diri sambil tangan terikat untuk lagu Hanyut.   Saya meminati Shahir, tetapi amat hampa dengan persembahan beliau pada malam ini. Saya rasa adegan selit menyelit Nasha tak patut diadakan. Seolah2 merosakkan lagu itu.. Sedang syok dengar, tiba2 ada dengar orang bercakap.. Dan ada ketika Shahir terhenti sekejap nyayian beliau dan sambung tiba2.. Pada akhir persembahan, beliau dilempang kuat oleh Nasha.. Motif???

Antara persembahan bagi saya yang menarik ialah (pandangan peribadi) Faizal Tahir, Adira, API, Yuna, Noh Hujan dan Stacy.. Apa pun, semuanya telah tersurat.. Tolong ingatkan aku!!! Hahahaha...

Oh, tak dilupakan juga persembahan dari diva2 Malaysia, Sharifah Aini, Ziana Zain dan Siti Nurhaliza.  Saya amat kagum dengan Ziana kerana beliau masih maintain dengan vokal beliau. Walau sudah mempunya beberapa orang cahaya mata, tapi bagi saya dia mempunyai bentuk tubuh dan wajah yang sangat cantik. Siti Nurhaliza... Tidak hairan lah dia dilabel sebagai penyayi nombor satu negara atau Malaysia's sweetheart. Disebalik cerita2 yang kurang menyenangkan, tapi tidak dinafikan persembahan beliau amat memukau. Saya terpaku melihat showmanship baliau walaupun keseluruhan lagu yang dipersembahkan ialah irama tradisional.

P/S:: Sekian untuk laporan AJL untuk tahun ini...

Saturday, January 08, 2011

MJ's Birthday is Coming!!!

17 Januari datang lagi... This year MJ will be 25 years old!! Cepatnya masa berlalu. Ingat lagi first time celebrate birthday dia.. Masa tu umur dia 22 years old (2008).. Dia tak abis study lagi masa tu, tapi saya dah grad and baru mula keje. 

Ingat lagi masa buat suprise tahun tu.. Diam2 datang umah sewa dia, tunggu dalam kereta sampai pukul 11.55pm. Dalam pukul 11.30pm dia call tanya kat mana.. Saya jawab baru bangun tido (*padahal masa tu kat bawah umah sewa dia dah!!) Mula2 dia tak percaya. Then, lama2 baru dia percaya sebab dia cakap sunyi jer (*padahal masa tu dalam kereta, memang la sunyi) Hehehe... Before nak naik umah sewa dia, saya dah SMS budak umah die, nanti kalo ada orang ketuk pintu grill suro MJ yang bukak sebab saya ada suprise untuk dia..

Sampai je depan umah dia, saya nyalakan lilin atas sepotong cake Secret Recipe (*flavour chocolate indulgence). Tak lupa jugak spray (*yang selalu orang guna untuk celebrate new year tu) dah ready kat tangan kanan. Ketik... Ketik.. Ketik (bunyi tin spray berlaga dengan grill) Bukak je pintu, tengok MJ kuar... Srrrzzzzz.. (*bunyi spray) Happy Birthday!!! MJ dah gelak2 terkejut.. Then, nyayi lagu Happy Birthday and MJ pun tiup lilin.

Saya suro die siap nak kuar gi makan. Saya turun balik dan tunggu dalam kereta. 5 minit kemudia, MJ turun and kami bergerak ke Pak Li Kopitiam, Seksyen 7.  Borak2, pastu saya cakap kat MJ, nak gi amik barang kat kereta jap. MJ kata ok. Datang balik bawak present untuk dia.. Terkejut dia dengan present tu!! Dia suke gile!! Gembira sebab dia suke hadiah tu..

Oklah, kat bawah ni gambar2 masa celebrate birthday MJ tahun lepas. Suprise jugak!! Celebrate kat TGI, Queensbay Mall. Awal2 lagi dah informed TGI, nak wat suprise kat dia. Merah padam muka dia!! Hahahah... I like it!!

 Muka relax lagik sebelum di "Wakenabeb"

 Appetizer...

 Yang ni saya punya..

 Yang ni MJ punya..

 Sila jangan kutuk.. Hehehe..

 Mula2 cake letak atas ni.. MJ kena tiup dari tempat dia berdiri..

 Setelah berkali2 percubaan tak menjadi, mamat tu pun bawak dekat sikit... Hehehe..

 Time ni MJ disuruh menyanyi & bagi speech... Tapi harammmm die nak menyayi... (*time ni muka dah merah padam)

 Staff TGI nyayi macam2 lagu kat MJ.. TQ!! (*sila tengok TV kat atas sebelah kanan.. Fahrin Ahmad!!!)

 Dah start orang call wish kat dia... Sukenye dia...

 Nyala lilin balik semata2 nak tangkap gambar.. Bahahhaa..

Handmade birthday card for him...

P/S:: This year tak tau nak buat apa.. Lagipun kalo ada plan pun, takkan tulis kat sini... Dia akan tau.. Bweeekk..!!!