Thursday, January 06, 2011

Selamat Pengantin Baru Rahimi!!

Hari Sabtu yang lepas (1 Jan 2011) saya turun ke Penang untuk menghadiri reception bestfren MJ.  Rahimi Samsuddin namanya.. Wifenya pulak bernama Junita Jaffar.  MJ dan Rahimi dah bersahabat baik sejak dari tadika lagi. Tak sedap rasanya kalo tak pergi wedding BFF tunang sendiri. Sebab saya rasa, saya perlu bergaul dengan kawan2 MJ sebagaimana dia bercampur dengan kawan2 saya.

Honestly, saya tak pernah berjumpa dengan kawan2 baik MJ di Penang. Antaranya Rahimi, Awie, Hoger, Dat, Labuan and lain2 (*antara nama2 yang saya ingat). Pada wedding reception Rahimi lah saya berjumpa dengan nama2 yang saya sebutkan tadi buat pertama kali. Okay, mula2 agak kekok sebab saya ni pemalu orangnya. (*ni MJ yang cakap), then lama2 okay la..

Apa yang saya tengok, Rahimi ni sangat lembut orangnya (*sila jangan salah maksud lembut.. bukan lembut macam nyah yer). Cakap pun slow jer.. Kadang2 tak dengar pun ada jugak.. hiksss... Memang berbeda sungguh perangai Rahimi dengan MJ. Sorang pendiam dan lembut, sorang lagik kasar (*no heart feelings B.. kita dah discuss kan hari tu.. and u agreed with my words). Kata MJ, sebab tulah orang cakap mereka boleh jadik rapat (*ada 1 ayat Penang yang MJ cakap, tapi saya lupa) sebab dua2 mempunyai personaliti yang berbeza.

Kepada Rahimi dan Junita, Selamat Pengantin Baru. Semoga berkekalan hingga akhir hayat dan dikurniakan dengan anak2 yang soleh dan solehah..




                      Ketika gambar ni diambil, saya dalam perjalanan ke Penang



                                  Kawan2 baik MJ di Penang


                        Bila bertemu, gurau senda menjadi perkara wahidun!!!

1 comment: