Friday, January 14, 2011

Hilangnya seseorang yang bernama bestfriend...

Entry kali ini ingin saya ceritakan mengenai bestfriend saya suatu ketika dahulu. Yea, suatu ketika dahulu.. Tidak lagi kini. Mengapa?? Akan saya ceritakan.. Selalunya bestfriend sangat2 sinonim dengan "air yang dicincang tak kan putus". Mereka ibarat adik beradik kita sendiri. Dimana kita mempercayai mereka dan berkongsi segala rahsia bersama2.

Saya namakan bestfriend saya sebagai Rodah (*bukan nama sebenar). Saya mengenali Rodah sejak dari Form 3 semasa bersekolah di SMK Assunta, PJ. Segala2nya kami lakukan bersama. Rehat, study di Library Negara (*sanggup nih), tuisyen di Kasturi, KL dan macam2 lagi. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di UiTM Merbok, Kedah manakala saya di UiTM Dungun, Terengganu untuk Diploma kami. Masih saya ingat lagi ketika hari dia ingin bertolak untuk ke Kedah, (*dia dipanggil untuk 1st intake manakala saya 2nd intake.) pagi tu selepas mendapat SMS dari beliau yang dia akan bertolak, terus saya call Rodah. Pesan saya padanya supaya jangan lupakan saya dan jaga diri baik2. Kami menangis ketika itu.

Setiap apa yang terjadi semasa menuntut di Merbok dia ceritakan pada saya. Tentang siapa lelaki baru yang dikenali, siapa bf baru, apa yang terjadi dan macam2 lah. Jarak tidak menjadi masalah langsung buat kami. Habis sahaja Diploma, kami sambung study untuk Degree pula. Sekali lagi kami berjauhan, tapi tidak lah sejauh seorang di Utara seorang di Timur. Beliau di Puncak Perdana manakala saya di Shah Alam. Ada masa terluang kami akan lepak bersama2.

Selesai Degree, masing2 mula untuk menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Disinilah kami mula rengang. Ada beberapa insiden yang berlaku dimana beliau mencari saya untuk menceritakan apa yang terjadi. Dan saya seperti biasa menjadi pendengar yang setia dan menyokong setiap apa tindakan yang beliau lakukan. Tidak lupa juga nasihat dimana saya rasakan beliau ada membuat kesalahan.

Dengan tak dijangka, perkara yang beliau lakukan amat2 mengguris hati dan perasaan saya dimana sebagai seseorang yang terlalu rapat, sesorang yang diperlukan ketika menghadapi masalah dan seseorang yang menjadi tempat beliau pinjamkan bahu untuk menangis disisihkan begitu sahaja pada hari bahagia beliau. Yea, mungkin untuk sesetengah orang benda ini amat kecil, tapi tidak bagi saya. Katalah saya kebudak-budakkan, tapi hanya dia dan saya sahaja yang tau kenapa saya terlalu kecik hati dgn beliau.

Sejak dari itu, kami terputus hubungan. Beliau ada meminta maaf tapi tatkali itu hati saya amat terguris. Saya maafkan beliau, tapi kesannya masih terasa hingga kini. Kini beliau bahagia dengan suami tercinta bersama seorang puteri. Seorang teman ada bercerita kepada saya, yang Rodah tidak mahu lagi berhubung dengan kawan2 sejak berkahwin. Ok, fine.. Saya terima. Hari2 beliau mungkin lebih bahagia bersama suami dan anak tercinta berbanding kawan2 yang telah lama mengenali beliau. Teman yang sama juga bisik2 pada saya "Rodah dah bersalin, kau tak nak g melawat ker?" Saya katakan "Insyallah". Tapi, Allah sahaja yang tau betapa gembiranya saya mendapat perkhabaran tersebut. Teman yang saya kenali sejak umur 15 tahun sudah mempunyai seorang puteri.

Saya buangkan segala ego dan marah saya pada beliau. Dengan hati yang girang, saya belikan hadiah untuk puteri beliau dan keesokkan harinya saya melawat beliau dirumah ibunya. Dia terkejut melihat saya. Saya luangkan masa lebih kurang sejam dan berborak2. Tapi saya dapat rasakan terdapat jurang antara kami. Kami tak rapat lagi seperti dahulu. Tidak bergelak ketawa seperti dahulu. Suasana saya rasakan sangat2 jauh dari beliau. Seperti kami tidak pernah rapat sebelum ini. Masuk sahaja didalam kereta, saya menangis. Kenapa kami jadi begini? Kami tidak begini suatu ketika dahulu. Saya sedih begini pengakhiran persahabatan kami. Sehingga ke hari ini, kami tidak pernah berhubung.

Saya rindukan beliau. Sumpah, saya rindukan beliau. Kini tiada lagi tempat untuk saya berkongsi segala rahsia. Saya lebih banyak simpan untuk diri sendiri. Ada juga saya ceritakan pada tunang. Tapi tak sama bukan, bercerita pada tunang dan kawan baik sendiri..??


No comments:

Post a Comment